Phua Chu Kang
| Phua Chu Kang | |
|---|---|
| Pencipta | Andrea Teo Kenneth Liang |
Dibintangi oleh | Gurmit Singh Irene Ang Pierre Png Tan Kheng Hua Marcus Ng Charlie Tan Ray Kuan |
| Negara asal | Singapura |
| Bilangan episod | 167 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Ong Su Mann |
| Tempoh siaran | 30 minit |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | MediaCorp Channel 5 |
| Siaran asal | 25 September 1997 – 11 Februari 2007 |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
Phua Chu Kang Pte Ltd, juga dikenali sebagai PCK Pte Ltd atau Phua Chu Kang (鬼馬 家族 dalam bahasa Cina), merupakan sitkom Singapura yang disiarkan di MediaCorp TV Channel 5 pada tahun 1997. Kesinambungannya, Phua Chu Kang Sdn Bhd mula bersiaran di ntv7 pada 25 Mac 2009 dan disiarkan di MediaCorp Channel 5 pada 6 Oktober 2009. Angela Lim memaklumkan bahawa Phua Chu Kang Pte Ltd akan ditayangkan di TV3 bermula 19 November 2025, setiap Rabu jam 1:00 tengah hari dan di HBO bermula 2 Januari 2026, setiap Jumaat jam 8:00 malam.
Sitkom berkisarkan seorang kontraktor aneh dengan tanda dagangan but kuning dan tahi lalat muka besar. Walaupun ia membawa tradisi sitkom, banyak unsur-unsur luar biasa telah digunakan seperti imbasan dan penampilan kameo selebriti.