Stesen keretapi Batang Kali
Batang Kali | ||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| KA12 Kereta api komuter | ||||||||||||||||||||||||||
| Nama lain | باتڠ كالي (Jawi) 峇冬加里 (Cina) | |||||||||||||||||||||||||
| Lokasi | Batang Kali, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. | |||||||||||||||||||||||||
| Koordinat | 3°28′06″N 101°38′17″E / 3.46833°N 101.63806°E | |||||||||||||||||||||||||
| Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu | |||||||||||||||||||||||||
| Laluan | 2 Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang Laluan ETS | |||||||||||||||||||||||||
| Platform | 2 platform sisi | |||||||||||||||||||||||||
| Trek | 2 | |||||||||||||||||||||||||
| Sambungan | Bas Smart Selangor MPHS - HS02 (Antara Gapi - Bandar Utama - KTM Batang Kali - Bandar Utama - Antara Gapi) Bas ulang-alik Aerobus BTGGH (KTM Batang Kali - Terminal Bas Awana, Genting Highlands) MARA Liner: ML29 [100 meter dari stesen] | |||||||||||||||||||||||||
| Pembinaan | ||||||||||||||||||||||||||
| Jenis struktur | Atas tanah | |||||||||||||||||||||||||
| Templat letak kenderaan | Ada | |||||||||||||||||||||||||
| Kemudahan basikal | Tiada | |||||||||||||||||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||||||||||||
| Maklumat lain | ||||||||||||||||||||||||||
| Kod stesen | KA12 | |||||||||||||||||||||||||
| Tarikh penting | ||||||||||||||||||||||||||
| Apr 2007 | Stesen dan Komuter Tanjung Malim - Rawang dibuka. | |||||||||||||||||||||||||
| Jul 2015 | Perkhidmatan mula beroperasi, membawa laluan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral. | |||||||||||||||||||||||||
| Jul 2016 | Komuter Tanjung Malim - Rawang ditamatkan, 2 dibuka. | |||||||||||||||||||||||||
| Dis 2017 | Perkhidmatan diperluas ke laluan Gemas - Butterworth - Padang Besar. | |||||||||||||||||||||||||
| Jan 2022 | Perkhidmatan Business Class beroperasi. (digantung sementara) | |||||||||||||||||||||||||
| Mac 2025 | Perkhidmatan diperluas ke Segamat. | |||||||||||||||||||||||||
| Perkhidmatan | ||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||
| Lokasi | ||||||||||||||||||||||||||
Stesen Keretapi Batang Kali ialah sebuah stesen perhentian keretapi di Bandar Baru Batang Kali, Selangor, Malaysia. Stesen ini dibuka pada 21 April 2007 bersama dengan stesen Rasa dan stesen Serendah. Terdapat dua platform sisi iaitu Platform 1 (bercantum dengan bangunan utama stesen di sebelah timur, untuk kereta api ke arah selatan) dan Platform 2 (di sebelah barat, untuk kereta api ke arah utara).
Stesen keretapi Batang Kali merupakan perhentian utama di daerah Hulu Selangor kerana satu-satunya perhentian yang mempunyai perkhidmatan ETS jarak jauh. Tren ETS memulakan perhentiannya di Batang Kali pada tanggal 1 Julai 2015 dengan laluan KL Sentral ke Ipoh, membawa perkhidmatan ETS Silver. Pada tanggal 18 Disember 2017, perkhidmatan ETS di Batang Kali telah diperluas ke laluan Gemas dan Padang Besar dengan membawa perkhidmatan ETS Gold. Sehingga hari ini (15 Januari 2022), perkhidmatan ETS di Batang Kali masih aktif dengan laluan Gemas - KL Sentral - Ipoh - Butterworth - Padang Besar, membawa ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ETS Platinum, ETS Gold dan ETS Silver.
Kini, stesen Batang Kali menjadi salah satu stesen yang tersibuk di daerah Hulu Selangor akibat jumlah pengguna yang semakin tinggi saban tahun.
| 1 | ■■Laluan Pantai Barat (Down) | Arah KL Sentral, Pelabuhan Klang dan Segamat |
|---|---|---|
| 2 | ■■Laluan Pantai Barat (Up) | Arah Tanjung Malim, Ipoh dan Butterworth |