KTM ETS
| KTM Perkhidmatan Tren Elektrik ک.ت.م. ڤرخدمتن كريتا اڤي ايليتريك | |
|---|---|
KTM Kelas 93 berlepas dari Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin | |
| Umum | |
| Nama lain | Inggeris: KTM Electric Train Service Cina: 马来亚铁道电动列车服务 Tamil: கேடிஎம் இடிஎஸ் |
| Jenis | Rel antarabandar |
| Lokasi | Semenanjung Malaysia |
| Stesen | 40 (setakat 30 Ogos 2025) |
| Penumpang harian | 11,361 (2017) |
| Penumpang | 4.147 juta (2017) (▲ 16.3%) |
| Laman sesawang | www |
| Operasi | |
| Dibuka | Ogos 2010 |
| Pemilik | Keretapi Tanah Melayu Berhad |
| Pengendali | Bahagian Antarabandar KTM |
| Sistem pengaliran | Pemandu |
| Stok kereta api | 5 set kereta api enam-kereta KTM Kelas 91 4 daripada 10 set kereta api enam-kereta KTM Kelas 93 1 set kereta api enam-kereta KTM Kelas 94 (9 set akan datang) |
| Teknikal | |
| Panjang aliran | Sedia ada: 755 km (Padang Besar-Gemas) Dalam pembinaan: 192 km tambahan (Gemas-Johor Bahru Sentral) |
| Tolok landasan | 1,000 mm (3 kaki 3 3⁄8 in) tolok meter |
ETS adalah singkatan untuk Electric Train Service, merupakan perkhidmatan tren laju antara bandar di antara Padang Besar, Butterworth, Kuala Lumpur, Gemas dan Kluang yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu pada 12 Ogos 2010. Terdapat 40 stesen yang berkhidmat sepanjang laluan ini iaitu dua di Perlis, empat di Kedah, empat di Pulau Pinang, 12 di Perak, lima di Selangor, empat di Kuala Lumpur, dua di Melaka, dua di Negeri Sembilan dan lima di Johor.
Kelajuan operasi maksimum armada ETS adalah 140 km/jam, walaupun tren ETS direka untuk mencapai kelajuan 160 km/jam. Setiap tren boleh mengangkut maksimum 350 orang penumpang, dan terdiri daripada enam gerabak yang mencapai jumlah panjang 138 m dan berat 231.8 ton. Setiap gerabak 22.95 m panjang, 2.75 m lebar dan 4 m tinggi.