Springerspaniel Inggeris

Springerspaniel Inggeris
Seekor springerspaniel Inggeris baka padang
Nama lainSpringer spaniel Inggeris
Springerspaniel
Springer spaniel
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Springerspaniel Inggeris atau springer spaniel Inggeris ialah satu baka gundog dalam keluarga spaniel yang secara tradisional digunakan untuk penggarahan dan pengutipan buruan. Ia diturunkan daripada spaniel Norfolk atau spaniel Shropshire dari pertengahan abad ke-19; baka ini telah mencapah kepada susur galur pertunjukan dan susur galur pekerja. Ia sangat berkait rapat dengan springerspaniel Wales dan sangat dekat dengan kokerspaniel Inggeris; kurang daripada seabad lalu, springerspaniel dan kokerspaniel lahir dalam perinduk sama. "Kokerspaniel" atau "cocker spaniel" digunakan untuk memburu woodcock sementara rakan seperinduk lebih besar digunakan untuk menggarah, atau "men-spring", unggas buruan lain. Pada tahun 1902, The Kennel Club mengiktiraf springerspaniel Inggeris sebagai baka tersendiri. Ia digunakan sebagai anjing penghidu pada skala besar.