Kokerspaniel Inggeris

Kokerspaniel Inggeris
Kokerspaniel Inggeris merah
Nama lainCocker spaniel Inggeris
Kokerspaniel
Cocker spaniel
Nama ringkasCocker
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Kokerspaniel Inggeris atau cocker spaniel Inggeris ialah satu baka gundog. Ia ketara kerana menghasilkan bilangan anak anjing paling berubah-ubah dalam seperinduk dalam banyak-banyak baka. Kokerspaniel Inggeris merupakan anjing sukan giat dan bersifat baik yang berdiri dengan baik pada paras kelasa dan bertubuh padat. Ada kokerspaniel "padang" atau "pekerja" dan kokerspaniel "rumah". Ia merupakan salah satu daripada beberapa keragaman spaniel dan merupakan asas bagi sepupu Amerikanya, kokerspaniel Amerika. Kokerspaniel Inggeris adalah lebih dekat dengan bentuk anjing pekerja bagi spaniel padang dan springerspaniel Inggeris. Kokerspaniel Inggeris juga dikenali sebagai "Merry Spaniel" kerana ekornya yang sentiasa bergoyang-goyang.

Di luar Amerika Syarikat, baka ini biasanya hanya dikenali sebagai kokerspaniel, sebagaimana kokerspaniel Amerika juga sedemikian di Amerika Syarikat. OED menyatakan bahawa perkataan "koker-" atau "cocker" diterbitkan daripada hakikat bahawa baka ini digunakan untuk menggarah woodcock.