Spaniel
Spaniel ialah sejenis gundog. Spaniel dibiakbakakan secara khusus untuk menggarah buruan dari belukar lebih tebal. Menjelang lewat abad ke-17, spaniel telah dikhususkan menjadi baka air dan baka darat. Spaniel air Inggeris yang pupus digunakan untuk mengutip unggas air yang ditembak jatuh dengan anak panah. Spaniel darat ialah setting spaniel — yang merangkak ke hadapan dan menuding buruannya, lalu membolehkan pemburu menjerat buruan dengan jaring, dan springing spaniel — yang memeranjatkan pheasant dan partridge (untuk perburuan dengan falkon) dan juga arnab dan mamalia lebih kecil seperti tikus dan mencit (untuk perburuan dengan grehaun). Semasa abad ke-17, peranan spaniel berubah secara dramatik apabila orang Inggeris mula berburu dengan senapang batu untuk penembakan sayap. Charles Goodall dan Julia Gasow (1984) menulis bahawa spaniel "diubah daripada pemukul liar tidak terlatih kepada gundog cemerlang."
Perkataan "spaniel" kelihatan diterbitkan daripada espaigneul bahasa Perancis zaman pertengahan ("Sepanyol") kepada espagnol bahasa Perancis moden.