Solat rawatib
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Islam |
|---|
|
Solat rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardu. Solat ini amat digalakkan oleh Islam dan selalu diamalkan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Solat rawatib berfungsi sebagai pelengkap ataupun tambahan untuk menampung supaya apa-apa kekurangan ataupun cela yang berlaku semasa mengerjakan solat-solat fardu.
Solat rawatib umpama dinding yang melengkapi rumah yang telah dibina tiangnya. Solat sunat rawatib lebih afdal dilaksanakan dirumah. Hadis riwayat imam al bukhari dalam sahihnya kitab al jumu’ah no.1180 yang bermaksud “ aku telah menghafal (menjaga) dari nabi saw tentang sepuluh rakaat ( iaitu solah sunat) iaitu 2 rakaat sebelum solat zuhur dan 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat setelah solat maghrib dirumahnya, 2 rakaat setelah solat isyak dirumahnya dan 2 rakaat sebelum solat subuh”.
Hadis Abdullah bin Mughaffal bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Antara tiap-tiap dua azan ada solat.” (Riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan Ashabus Sunan)
Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
- Sunat Rawatib yang "Muakkad"
- Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".
Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
- Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
- Ba'diah (selepas Solat Fardhu)
|
WAKTU |
Sunat "Qabliyah" |
HUKUM |
Sunat "Ba'diyyah" |
HUKUM |
|
Subuh |
2 rakaat |
Muakkad/Dituntut |
- |
Diharamkan |
|
Zohor |
2/4 rakaat |
Muakkad/Dituntut |
2/4 rakaat |
Muakkad/Dituntut |
|
Asar |
2/4 rakaat |
Tidak Dituntut |
- |
Diharamkan |
|
Maghrib |
2 rakaat |
Tidak Dituntut |
2 rakaat |
Muakkad/Dituntut |
|
Isyak |
2 rakaat |
Tidak Dituntut |
2 rakaat |
Muakkad/Dituntut |
Adalah lebih baik untuk berpindah atau bertukar tempat untuk mendirikan solat sunat ini kerana lebih afdhal dan untuk memperbanyakkan tempat-tempat sujud kerana bumi akan menceritakan apa yang manusia lakukan di atasnya sepertimana Allah berfirman dalam Surah Al-Zalzalah, ayat 4 yang membawa maksud bahawa bumi akan menceritakan apa yang manusia lakukan di atasnya. Maka kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan tempat sujud.