Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
| Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia | |
|---|---|
Slip Keputusan STPM 2022 | |
| Akronim | STPM |
| Jenis | Prasyarat untuk permohonan ijazah sarjana muda |
| Agensi pengendali | Majlis Peperiksaan Malaysia |
| Pengetahuan / kemahiran yang diuji | Berbeza mengikut subjek, tetapi hampir semua subjek STPM menguji pengetahuan am, kemahiran asas penulisan, dan kemahiran berangka. |
| Tahun dimulakan | 1982 |
| Tempoh peperiksaan | 1 hingga 3 jam, bergantung pada subjek. Calon kelainan upaya diberikan masa tambahan. |
| Julat markah / gred | Gred A, A-, B+, B-, C+, C (Lulus penuh) Sistem Gred C-, D+, D (Lulus sebahagian) |
| Tempoh sah markah / gred | Seumur hidup |
| Syarat percubaan | Subjek semester pertama dan kedua boleh diulang sekali sahaja. Tiada ulangan untuk subjek semester ketiga. Walau bagaimanapun, selepas keputusan penuh dikeluarkan, *patching* hanya dibenarkan untuk tahun akademik yang sama bagi kemasukan universiti. |
| Negara / Wilayah | Malaysia |
| Bahasa utama | Bahasa pengantar utama: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris Bahasa Elektif: Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab |
| Kriteria kelayakan / prasyarat | Sijil Pelajaran Malaysia |
| Yuran ujian | Percuma (Sekolah Kerajaan dan Pusat Tingkatan 6) Yuran Asas: RM120 Yuran setiap mata pelajaran: RM90 Caj ulang: RM50 per kertas |
| Taraf | Setaraf A-Level Cambridge |
| Laman web | https://www.mpm.edu.my/ |
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Malaysian Higher School Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. Peperiksaan ini dulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).
STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walau bagaimanapun, kedua-dua LPM dan MPM adalah terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula adalah Program Matrikulasi yang dianjurkan oleh KPM.
STPM diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat ,Ireland dan Australia. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.
Mulai tahun 2012 dan seterusnya, sistem modular baru akan menggantikan sistem terminal yang sedia ada untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selain itu, keputusan peperiksaan di bawah sistem penilaian baru STPM akan dipantau oleh wakil dari Cambridge Examination Syndicate untuk mengekalkan kualiti dan piawaian