Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia

Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia
Sample of MUET Certificate
AkronimMUET
JenisUjian piawai (sama ada berasaskan kertas atau berasaskan komputer).
Agensi pengendaliMajlis Peperiksaan Malaysia
Pengetahuan / kemahiran yang diujiPendengaran, Pertuturan, Pemahaman dan Penulisan Bahasa Inggeris.
TujuanPra-syarat untuk kemasukan ke semua universiti awam dan kolej di Malaysia
Tahun dimulakan1999 (1999)
Tempoh peperiksaanPendengaran: 30 minit,
Pertuturan: 30 minit,
Pemahaman : 90 minit,
Penulisan: 90 minit.
Total: 240 minit (4 jam); Sebelum tahun 2021
Julat markah / gred1 to 6, in 1 skala kenaikan. 1 to 5+, in 0.5 or 1 skala kenaikan.
Tempoh sah markah / gredSebelum tahun 2009, tempoh sah laku adalah sehingga 18 Julai 2013. Mulai tahun 2009, tempoh sah laku adalah lima tahun dari tarikh keputusan dikeluarkan.
PenawaranSehingga 3 kali setahun. Sehingga 12 kali setahun (MUET On Demand).
Negara / WilayahMalaysia
Bahasa utamaBahasa Inggeris
Jumlah calon tahunan85,000
Kriteria kelayakan / prasyaratTiada prasyarat rasmi.
Yuran ujianRM100.00
Laman webhttp://webmpm1.mpm.edu.my/muet/

Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia atau Malaysian University English Test (MUET) ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Ujian ini ditetapkan dan dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan ditubuhkan pada tahun 1999. Ia diiktiraf di Malaysia dan Singapura, dan juga negara-negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Hong Kong.

MUET adalah prasyarat untuk kemasukan ke semua universiti awam dan kolej di Malaysia. Selain itu, penjawat awam juga mengambil MUET sebagai kelayakan Bahasa Inggeris dan peluang kenaikan pangkat.

Mulai 2012 dan seterusnya, MUET diadakan tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November. Pelajar boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada awal, pertengahan atau akhir tahun. Pendaftaran untuk ujian pertengahan tahun dibuka pada pertengahan bulan Januari dan ditutup pada awal bulan Februari, manakala pendaftaran untuk ujian akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bulan Julai. Rujuk kepada jadual MUET untuk tarikh tutup.

Selain itu, ujian alternatif, MUET on Demand (ujian berasaskan komputer), juga diadakan hampir setiap bulan untuk calon yang terdesak untuk mendapatkan keputusan MUET. Secara purata, 85,000 calon menduduki MUET setiap kali.

Calon ujian ini hendaklah membuat pendaftaran di sekolah/institusi masing-masing. Bagi calon persendirian dan calon lain, mereka boleh membuat pendaftaran hendaklah dibuat di mana-mana pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Borang pendaftaran boleh diperoleh di JPN dengan harga RM2.00 satu set. Yuran ujian pula ialah sebanyak RM100.00 di mana terdahulunya ialah RM50.00. Terdapat juga sebuah buku yang mengandungi peraturan dan skema ujian, sukatan pelajaran dan soalan contoh diterbitkan dan boleh dibeli oleh calon.

Mulai 2021, MUET telah mengalami perubahan besar dalam formatnya.