Shanmugam Ptcyhay
Shanmugam Pitchay | |
|---|---|
| சண்முகம் பிச்சை | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
| Menyandang jawatan 5 April 2023 (Badan bukan kerajaan, Belia dan Sukan) | |
| Gabenor | Mohd Ali Rustam |
| Ketua Menteri | Ab Rauf Yusoh |
| Didahului oleh | Sendiri |
| Kawasan pilihan raya | Gadek |
| Dalam jawatan 26 November 2021 – 31 Mac 2023 | |
| Gabenor | Mohd Ali Rustam |
| Ketua Menteri | Sulaiman Md Ali |
| Didahului oleh | Mohd Rafiq Naizamohideen |
| Digantikan oleh | Sendiri |
| Kawasan pilihan raya | Gadek |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Gadek | |
| Menyandang jawatan 20 November 2021 | |
| Didahului oleh | Saminathan Ganesan (PH–DAP) |
| Majoriti | 559 (2021) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka | |
| 2021– | Barisan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Shanmugam a/l V. Pitchay 30 Mac 1969 Melaka, Malaysia |
| Parti politik | Kongres India Malaysia (MIC) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Shanmugam Ptcyhay di Facebook | |
Shanmugam a/l V. Pitchay (atau secara rasmi dikenali sebagai V. P. Shanmugam) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh sejak April 2023 untuk penggal kedua dan di bawah bekas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dari November 2021 hingga Mac 2023 untuk penggal pertama serta sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Gadek sejak November 2021. Beliau merupakan ahli Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen gabungan BN. Beliau juga merupakan satu-satunya Ahli EXCO Melaka, ADUN berketurunan India dan dari MIC, calon tunggal MIC yang dicalonkan serta berjaya memenangi kerusi dalam Pilihan raya negeri Melaka 2021 dan satu-satunya Ahli EXCO yang berkhidmat tanpa timbalan.