Mohamad Ezam Mohd Nor
Mohamad Ezam Mohd Nor | |
|---|---|
| محمد عظم محمد نور | |
Mohamad Ezam, sekitar 2000 | |
| Ahli Dewan Negara Malaysia | |
| Dalam jawatan 3 Mei 2010 – 2 Mei 2013 | |
| Dalam jawatan 26 Ogos 2013 – 5 Mac 2014 | |
| Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional | |
| Dalam jawatan 4 April 1999 – 2007 | |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Digantikan oleh | Shamsul Iskandar Mohd Akin |
| Presiden Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (GERAK) | |
| Dalam jawatan 2007–2010 | |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Digantikan oleh | Mohd Nazree Mohd Yunus |
| Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia | |
| Dalam jawatan Disember 2022 – September 2024 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohamad Ezam bin Mohd Nor 24 April 1967 Klang, Selangor, Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik, aktivis |
Yang Berbahagia Datuk Mohamad Ezam bin Mohd Nor (Jawi: محمد عظم بن محمد نور; lahir 24 April 1967), atau dikenali sebagai Ezam Mohd Nor, ialah seorang aktivis politik di Malaysia. Beliau mula dikenali apabila terlibat dalam gerakan reformasi 1998 dan menjadi Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pertama pada 1999. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sebanyak dua kali dari 2010 hingga 2013, dan 2013 hingga meletakkan jawatan pada 2014.
Beliau merupakan Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia sejak Disember 2022. Beliau menjadi anggota PRM sehingga September 2024, sebelum menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau turut aktif menggerakkan badan bukan kerajaan yang memberi tumpuan pada antirasuah seperti Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (GERAK) dan Pusat Hisbah untuk Pembaharuan (HISBAH).