Shahidan Kassim
Shahidan Kassim | |
|---|---|
| شهيدان بن قاسم | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi P3 Arau, Perlis | |
| Menyandang jawatan 24 Jun 2013 | |
| Didahului oleh | Ismail Kassim |
| Majoriti | 23,216 (PRU-15) 4,856 (PRU-14) 1,371 (PRU-13) |
| Dalam jawatan 1986–1995 | |
| Didahului oleh | Abdul Hamid Pawanteh |
| Digantikan oleh | Kamarudin Ahmad |
| Majoriti | 7,794 (PRU-8) 7,065 (PRU-7) |
| Menteri Wilayah Persekutuan | |
| Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
| Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
| Timbalan | Jalaluddin Alias |
| Didahului oleh | Annuar Musa |
| Digantikan oleh | Zaliha Mustafa |
| Pengerusi PRIMA Malaysia | |
| Dalam jawatan 20 Oktober 2020 – 29 Ogos 2021 | |
| Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
| Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
| Menteri Besar Perlis ke-7 | |
| Dalam jawatan 6 Mei 1995 – 13 Mac 2008 | |
| Didahului oleh | Abdul Hamid Pawanteh |
| Digantikan oleh | Md Isa Sabu |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Tambun Tulang | |
| Dalam jawatan 1995–2013 | |
| Didahului oleh | kawasan baharu |
| Digantikan oleh | Ismail Kassim |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 17 Jun 1951 Tambun Tulang, Perlis, Persekutuan Tanah Melayu, (kini Malaysia) |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | UMNO (1986-2022) PAS (2022-kini) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (1986-2022) Muafakat Nasional (2019-2020) Perikatan Nasional (sejak 2022) |
| Pertalian | Ismail Kassim (adik) |
| Kediaman | Tambung Tualang, Perlis |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (lahir 17 Jun 1951) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Arau.
Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim merupakan Ahli Parlimen Arau kini memegang jawatan Pengerusi Majlis Backbenchers Perikatan Nasional (PNBBC) sejak Mei 2020.
Beliau juga adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, selain itu pernah dilantik Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pengerusi Yayasan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Dalam bidang sukan, beliau pernah memegang banyak jawatan, antaranya, Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (Perlis FA) dan juga Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Persatuan Kabbadi Malaysia (KAM).
Ketika waktu terluang, Shahidan yang dilahirkan pada 17 Jun 1951 gemar aktiviti lasak seperti mendaki bukit, bermain jet ski dan bermain badminton. Beliau juga menyukai bidang ternakan.
Shahidan memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tambun Tulang, kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Sheikh Ahmad dan SM Sultan Abdul Halim Jitra sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM) berkelulusan, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Sejarah.
Tamat pengajian dalam sarjana muda, beliau meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Pengajian Pembangunan Institue Of Social Studies Holland dan tahun 2006, memegang Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Utara Malaysia.
Anak kelahiran Tambun Tulang ini menceburi bidang politik bermula 1995 dan dilantik Ketua UMNO Bahagian Arau. Beliau juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Bekas ADUN Tambun Tulang ini pernah dilantik Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu pada 1988 dan Ahli Majlis Agama Islam Perlis 12 tahun.
Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Shahidan Kassim daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 16,547 undian ketika menentang Abd Rahman Daud daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 11,691 undi dengan majoriti undi sebanyak 4,856.