Zaliha Mustafa

Zaliha Mustafa
زاليها مصطفى
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Wilayah Persekutuan)
Menyandang jawatan
12 Disember 2023
Raja Sultan Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Didahului oleh Shahidan Kassim
Menteri Kesihatan Malaysia
Dalam jawatan
3 Disember 2022 – 12 Disember 2023
Raja Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim
Didahului oleh Khairy Jamaluddin
Digantikan oleh Dzulkefly Ahmad
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Sekijang, Johor
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Natrah Ismail
Majoriti1,734 (PRU-15)
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat
Menyandang jawatan
2022
Pengerusi PKR Johor
Menyandang jawatan
2025
TimbalanMd Ysahruddin Kusni
Didahului olehSyed Ibrahim Syed Noh
Maklumat peribadi
Lahir (1964-06-28) 28 Jun 1964
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan
PasanganDr. Ahmad Adzlan Musa
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia (MD)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanDoktor
KabinetKabinet Malaysia 2022

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa (زاليها بنت مصطفى; lahir 28 Jun 1964) ialah seorang ahli politik Malaysia dan Menteri dalam Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak Disember 2022. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan merupakan wanita pertama yang memegang portfolio ini. Dr. Zaliha juga merupakan Ahli Parlimen Sekijang bagi penggal pertama sejak Pilihan Raya Umum ke-15.

Sebelum ini, beliau mencipta sejarah sebagai Menteri Kesihatan wanita pertama Malaysia, berkhidmat dari Disember 2022 sehingga rombakan kabinet pada Disember 2023. Dalam pentadbiran sebelum ini, beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ketika kerajaan dipimpin oleh Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Zaliha merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), komponen utama dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), dan telah memegang pelbagai jawatan penting dalam parti, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (2018–2020), Pengetua Akademi Keadilan (2009), Naib Ketua Wanita PKR (2007–2009), serta Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Johor (2005–2007).