Senarai gol antarabangsa yang dijaringkan oleh Lionel Messi
Lionel Messi merupakan pemain bola sepak Argentina yang telah mewakili pasukan kebangsaan Argentina sejak penampilan kali pertama pada tahun 2005. Sejak itu, Messi telah menjaringkan 108 gol dalam 184 penampilan antarabangsa, menjadikan penjaring terbanyak sepanjang masa untuk negarannya. Beliau melepasi rekod daripada Gabriel Batistuta yang menjaring sejumlah 54 gol dengan sepakan penalti menentang Amerika Syarikat pada separuh akhir Copa América Centenario pada 21 Jun 2016. Beliau juga memegang rekod gol terbanyak oleh pemain lelaki Amerika Selatan, mengatasi 77 gol ke atas pemain bola sepak Brazil, Pelé dengan hatrik menentang Bolivia pada 9 September 2021. Messi membuat penampilan kali pertama untuk Argentina dalam kemenangan 2–1 di tempat lawan ke atas Hungary pada 17 Ogos 2005, dan menjaringkan gol antarabangsa kali pertama pada tahun berikutnya dalam kali ke-6 penampilannya, menentang Croatia.
Gol Messi menentang Serbia dan Montenegro pada 16 Jun 2006, menjadikan penjaring termuda untuk Argentina di Piala Dunia FIFA pada usia 18 tahun dan 358 hari. Beliau telah menjaringkan 9 gol antarabangsa hatrik, dan telah menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan pada kali ke-13. Dalam persahabatan menentang Estonia pada 5 Jun 2022, Messi menjaringkan 5 gol dalam perlawanan untuk Argentina buat kali pertama. Daripada semua perlawanan, Messi telah menjaringkan gol terbanyak menentang Bolivia dengan keseluruhan 8 gol. Beliau telah menjaringkan 14 gol antarabangsa di Stadium River Plate, gol paling banyak dalam satu stadium..
Messi telah menjaringkan 31 gol dalam kelayakan Piala Dunia FIFA, menjadikan penjaring gol terbanyak kelayakan dalam CONMEBOL. Beliau telah menjaringkan 13 gol dalam Copa América, membawa pasukannya meraihkan kemenangan dalam Copa América 2021, juga menamatkan saingan sebagai naib juara 2007, 2015 dan 2016. Pada kejohanan 2015, Messi didakwa menolak anugerah pemain terbaik Copa América, dan anugerah telah ditinggalkan daripada majlis tersebut. Namun begitu, beliau menerima anugerah Pemain Terbaik dan menerimanya untuk persembahan dalam kejohanan 2021, di mana beliau turut dianugerahkan Kasut Emas dengan 4 gol. Messi telah menjaringkan 13 gol dalam Piala Dunia FIFA, rekod untuk Argentina. Beliau menjaringkan satu gol dalam 2006, 4 gol dalam 2014, apabila beliau membimbing pasukannya ke pentas akhir, dianugerahkan Bola Emas sebagai pemain terbaik, 1 gol dalam 2018 dan 7 gol pada pentas akhir dan memenangi Bola Emas untuk kali kedua. Baki gol Messi sebanyak 51 gol adalah daripada perlawanan persahabatan.