CONMEBOL

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan
کونفيدراسي بولا سيڤق اميريکا سلاتن
Confederación Sudamericana de Fútbol (es)
Confederação Sul-Americana de Futebol (pt-br)
Kerangka
KependekanCONMEBOL 
Jenis/bentuk sahBadan induk sukan antarabangsa, pertubuhan bukan untung 
Keanggotaan 10 
Anggota bagiFIFA 
Bahasa rasmiBahasa Sepanyol, bahasa Portugis 
Tapak webwww.conmebol.com 
Sejarah
Ditubuhkan9 Julai 1916  di Buenos Aires 
Pengurusan
PengerusiAlejandro Domínguez 
Pertubuhan indukFIFA 
Subsidiari
Lokasi
Lokasi di Paraguay
Ibu pejabatLuque 
Lokasi
Koordinat25°15′38″S 57°30′58″W / 25.26056°S 57.51611°W / -25.26056; -57.51611
Kawasan perkhidmatanAmerika Selatan 
sunting · sunting di Wikidata

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL atau CSF; kependekan bagi Confederación Sudamericana de Fútbol), merupakan gabungan persatuan bolasepak negara-negara di Amerika Selatan. Organisasi ini ditubuhkan pada 9 Julai 1916, di atas usaha Héctor Rivadavia Gómez (dari Uruguay) untuk menyatukan persatuan bolasepak di benua ini. CONMEBOL merupakan ahli gabungan FIFA dan bermarkas di Luque, Paraguay (dekat Asunción). Presiden CONMEBOL sekarang (2006) adalah Dr. Nicolás Leoz.

Argentina, Uruguay, Brazil, dan Chile merupakan negara-negara awal yang menyertai CONMEBOL melalui satu kejohanan bolasepak Amerika Selatan pada tahun 1915 di Buenos Aires, Argentina. Tahun penyertaan negara-negara ke dalam CONMEBOL ialah Paraguay (1921), Peru (1925), Bolivia (1926), Ecuador (1927), Colombia(1936) dan yang terakhir ialah Venezuela (1952). Walau bagaimanapun 3 negara yang berada di Amerika Selatan, Guyana, Suriname, dan Guyana Perancis tidak bergabung dengan CONMEBOL, tetapi sebaliknya menyertai CONCACAF.

Kejohanan yang dianjurkan oleh CONMEBOL antara lain adalah Copa Libertadores, Copa Sudamericana, dan Copa América.