Piala Dunia FIFA 2018

Piala Dunia FIFA 2018
Чемпионат мира по футболу 2018 (Chempionat mira po futbolu 2018)
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Rusia
Tarikh14 Jun – 15 Julai 2018 (32 hari)
Pasukan32 (dari 5 konfederasi)
Tempat12 (di 11 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Perancis (Kejuaraan Ke-2)
Naib Juara Croatia
Tempat Ketiga Belgium
Tempat Keempat England
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan64
Jaringan gol169 (2.64 per perlawanan)
Kehadiran3,031,768 (47,371 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Harry Kane (6 gol)
Pemain terbaik Luka Modrić
Permain muda terbaik Kylian Mbappé
Penjaga gol terbaikPaul lopes
Anugerah Permainan Bersih Sepanyol
2014
2022

Piala Dunia FIFA 2018 akan menjadi Piala Dunia FIFA ke-21, sebuah kejohanan bola sepak lelaki antarabangsa yang ditandingi oleh pasukan bola sepak kebangsaan daripada ahli persatuan FIFA. Ia berlangsung di Russia bermula dari 14 Jun dan berakhir dengan perlawanan akhir pada 15 Julai 2018. Negara ini diberikan hak sebagai tuan rumah pada 2 Disember 2010.

Ini adalah Piala Dunia pertama yang diadakan di Eropah Timur, dan kali kesebelas diadakan di Eropah. Buat kali pertama kejohanan berlangsung di dua benua - Eropah dan Asia. Kesemua lokasi stadium berada di dalam atau di luar Eropah Rusia untuk memastikan perjalanan masa boleh dikawal. Ia dijangka menjadi kejohanan bola sepak yang paling mahal dalam sejarah, dianggarkan sebanyak US$11,8-14 bilion melebihi kos Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.

Kejohanan terakhir akan melibatkan 32 pasukan kebangsaan, yang merangkumi 31 pasukan yang ditentukan melalui kejohanan kelayakan dan secara automatik layak pasukan tuan rumah. Daripada 32 pasukan, 20 akan membuat penampilan berturut-turut selepas kejohanan terakhir pada 2014, termasuk juara bertahan Jerman, sementara Iceland dan Panama kedua-duanya akan membuat penampilan pertamanya di Piala Dunia FIFA. Sejumlah 64 perlawanan akan dimainkan di 12 tempat yang terletak di 11 bandaraya. perlawanan akhir akan berlangsung pada 15 Julai di Stadium Luzhniki di Moscow.