Copa América Centenario

Copa América Centenario 2016
Centennial Copa America
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Amerika Syarikat
Tarikh3 Jun – 26 Jun 2016
Pasukan16 (dari 2 konfederasi)
Tempat10 (di 10 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Chile (Kejuaraan Ke-2)
Naib Juara Argentina
Tempat Ketiga Colombia
Tempat Keempat Amerika Syarikat
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan32
Jaringan gol91 (2.84 per perlawanan)
Kehadiran1,483,855 (46,370 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Eduardo Vargas
(6 gol)
Pemain terbaik Alexis Sánchez
Penjaga gol terbaik Claudio Bravo
Anugerah Permainan Bersih Argentina
2015
2019
Semua statistik tepat pada 26 Jun 2016.


Copa América Centenario, yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai 2016 Centennial Copa America, adalah kejohanan bola sepak antarabangsa lelaki yang akan diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 2016. Pertandingan ini adalah untuk merayakan seratus tahun penubuhan CONMEBOL dan Copa América, dan ia menjadi kali pertama Copa América dihoskan di luar Amerika Selatan.

Kejohanan ini diadakan adalah sebagai sebahagian daripada perjanjian antara CONMEBOL (Persekutuan bola sepak Amerika Selatan) dan CONCACAF (Konfederasi bola sepak untuk Amerika Utara dan Tengah dan Caribbean) sebagai edisi khas Copa América (100 sejak ditubuhkan pada tahun 1916) di antara kitaran empat tahun yang biasa, dan akan menampilkan hanya 16 pasukan sahaja yang layak menyertai (peningkatan dari yang biasa 12), dengan sepuluh pasukan dari CONMEBOL dan enam pasukan dari CONCACAF.

Pemenang kejohanan ini tidak akan menerima tempat ke Piala Konfederasi FIFA 2017, kerana Chile telah pun layak sebagai pemenang kejohanan Copa América edisi ke 2015.