Sembilu II
| Sembilu II | |
|---|---|
Poster keluaran tayangan | |
| Pengarah | Yusof Haslam |
| Penulis | Yusof Haslam |
| Lakon layar | Yusof Haslam |
| Dihasilkan oleh | Yusof Haslam |
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Bade Hj. Azmi |
| Disunting oleh | Salehan Samsuddin |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 104 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Pecah panggung | RM 6.10 juta |
Sembilu II ialah filem drama romantik Malaysia 1995 arahan Yusof Haslam dibintangi oleh Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. Filem ini ialah kesinambungan untuk filem Sembilu dan merupakan filem tempatan pertama yang mencapai kutipan melebihi RM 6 juta, menjadikannya filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Yusof memperoleh gelaran Six Million Dollar Man hasil dari kejayaan filem ini.
Sembilu II memegang rekod selama 6 tahun sebelum diatasi oleh filem Lagi-Lagi Senario pada 2001. Filem ini telah memecah rekod filem yang mendapat kutipan tertinggi mengatasi kutipan filem Adik Manja yang telah lama memegang rekod sebagai kutipan filem tertinggi selama 14 tahun. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Jun 1995.