Selene

Selene
Personifikasi Bulan
Pahatan Selene daripada sebuah keranda batu Rom
Nama lainMene (Μήνη)
YunaniΣελήνη
Tempat tinggalLangit
PlanetBulan
HaiwanKuda, lembu jantan, baghal
SimbolBulan sabit, kereta kuda, obor, mantel yang menggelembung, lembu jantan, bulan
HariIsnin (hēméra Selḗnēs)
Maklumat peribadi
Ibu bapaHyperion dan Theia
Adik-beradikHelios dan Eos
PasanganEndymion
ZuriatLima puluh anak perempuan, Narcissus, Pandia, Ersa, Horae, Musaeus
Kesetaraan
Kesetaraan RomLuna
Kesetaraan PhrygiaMen

Selene (Bahasa Yunani Kuno: Σελήνη Selene, bermaksud "Bulan") ialah dewi bulan dalam mitologi Yunani. Juga dipanggil Mene, dia anak kepada dua orang Titan, Hyperion dan Theia. Dia saudari Helios, dewa matahari, dan Eos, dewi fajar. Dia sering digambarkan membawa kereta kudanya di langit malam, ditarik oleh beberapa ekor kuda bersayap. Ramai dewi lain, seperti Artemis dan Hecate, dikaitkan dengan bulan tetapi hanya Selene seorang yang dijadikan personifikasi bulan semata-mata. Dalam mitologi Rom, dia setara dengan Luna.