Delphi

Delphi
Δελφοί
Kompleks kuil Athena, dengan Tholos Delphi. Latar belakangnya ialah Lembah Sungai Pleistos.
Delphi
Lokasi di Yunani
LokasiPhocis, Yunani
Koordinat38°28′56″N 22°30′05″E / 38.4823°N 22.5013°E / 38.4823; 22.5013
JenisRuntuhan kawasan suci purba
TinggiPuncak tubir 500 meter (1,600 ka) maksimum dari dasar lembah
Sejarah
BudayaYunani Purba
Perincian tapak
Ahli arkeologiSekolah Perancis di Athens
Hak milikRepublik Yunani
PengurusanKementerian Kebudayaan dan Sukan
Akses awamBoleh diakses dengan bayaran
Tapak sesawangE. Partida (2012). "Delphi". Odysseus. Kementerian Kebudayaan dan Sukan, Republik Yunani.
Nama rasmi
Tapak Arkeologi Delphi
JenisKebudayaan
Kriteriai, ii, iii, iv dan vi
Ditetapkan1987 (sesi ke-12)
No. rujukan
393
WilayahEropah

Delphi (Yunani: Δελφοί [ðelˈfi]), ialah sebuah kawasan suci di Yunani dan merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia. Dahulu ia dipanggil Pytho (Πυθώ) dalam legenda dan merupakan kawasan suci purba dan tempat Pythia tinggal, ahli nujum besar yang dirujuk untuk keputusan-keputusan penting di seluruh dunia klasik purba. Orang Yunani purba percaya pusat dunia berada di Delphi, ditandai dengan monumen batu yang dikenali sebagai Omfalos Delphi (pusat perut).

Kawasan sucinya terletak di lereng barat daya Gunung Parnassus. Ia mempunyai tapak arkeologi yang berkaitan dengan Nujum Delphi. Sukan Pythia dahulu diadakan di Delphi. Antara khazanah seni Delphi ialah Pelumba Kereta Kuda Delphi.

Di sebelah kawasan suci Delphi ialah sebuah pekan moden dengan nama yang sama.