Ouranos
Ouranos (Bahasa Yunani Kuno: Οὐρανός, Ouranós, bahasa Inggeris: Uranus) merupakan dewa langit dipercayai masyarakat Yunani Purba. Dewa ini berpasangan dengan dewi bumi Gaia melahirkan dewa-dewi utama lain serta gergasi seperti Titan; ada cerita berpincang sama ada Ouranos kelahiran Gaia sendiri (seperti yang dimasyhurkan dalam Theogonia karya Hesiodos) mahupun dari Nyx atau hasil hubungan Aether dan Hemera.
Dewa ini dianggap setaraf dengan Caelus dalam mitologi Rom.