Saudia

Saudia
IATA ICAO Pengenal
SV SVA SAUDIA
DitubuhkanSeptember 1945 (1945-09)
Hab
Program kesetiaanAl Fursan Loyalty
PerikatanSkyTeam
SubsidiariFlyadeal
Pesawat184
Destinasi141 (jumlah keseluruhan destinasi)
140
Syarikat indukkerajaan Arab Saudi
Ibu pejabatJeddah, Arab Saudi
Orang penting
Laman websaudia.com

Saudia (Bahasa Arab: السعودية as-Su'ūdiyyah), juga dikenali sebagai Saudi Arabian Airlines (الخطوط الجوية العربية السعودية), adalah syarikat penerbangan nasional Arab Saudi, yang berpusat di Jeddah. Pangkalan operasi utama syarikat penerbangan itu ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah. Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd di Dammam adalah hab sekunder. Lapangan terbang baru Dammam dibuka untuk kegunaan komersil pada 28 November 1999. Lapangan Terbang Antarabangsa Dhahran yang digunakan selama itu, telah kembali digunakan sebagai pangkalan tentera. Syarikat penerbangan itu adalah yang ketiga terbesar di Timur Tengah dari segi pendapatan, di belakang Emirates dan Qatar Airways. Ia mengendalikan penerbangan berjadual domestik dan antarabangsa ke lebih dari 85 destinasi di Timur Tengah, Afrika, Asia, Eropah dan Amerika Utara. Penerbangan domestik dan antarabangsa turut dikendalikan, kebanyakannya semasa musim Ramadan dan musim haji. Saudia adalah ahli Arab Air Carriers Organization dan menyertai perikatan syarikat penerbangan SkyTeam pada 29 Mei 2012.