Pengerusi

Pengerusi ialah penjawat yang mempengerusikan sesebuah kumpulan tersusun seperti lembaga, jawatankuasa, atau badan perundingan. Orang yang memegang jawatan, yang biasanya dipilih atau dilantik oleh anggota kumpulan atau pertubuhan, mempengerusikan semua mesyuarat kumpulan, dan perlu mengendalikan urusan kumpulan dalam keadaan teratur.

Di sesetengah pertubuhan, pengerusi dikenali sebagai presiden (atau gelaran lain). Selain itu, di mana sebuah lembaga melantik presiden (atau gelaran lain), dua istilah ini digunakan untuk jawatan yang berbeza. Istilah pengerusi dalam bahasa Melayu boleh digunakan dalam keadaan yang berkecuali, tidak menjurus kepada mana-mana jantinan penyandang. Dalam mesyuarat atau persidangan, "mempengerusikan" bermaksud mengetuai acara.