Gurun Sahara

Gurun Sahara
Pemandangan Sahara yang diambil oleh angkasawan Apollo 17, 1972
Nama
Nama asliالصحراء الكُبرى (ar)
Ciri fizikal
Dimensi1,800 () × 4,800 () km
Keluasan9,200,000 km²
Geologi
JenisGurun
Geografi
LokasiAfrika
NegaraAlgeria, Chad, Mesir, Maghribi, Tunisia, Mauritania, Niger, Mali, Sudan dan Perancis
Koordinat23°5′N 12°37′E 
Titik tertinggiEmi Koussi (en)
Titik terendahQattara Depression (en)
Iklimiklim gurun panas
sunting · sunting di Wikidata

Gurun Sahara (Arab: الصحراء الكبرى, rumi: aṣ-ṣaḥrāʼ al-kubrā "Gurun Terbesar") ialah gurun yang merentangi kebanyakan kawasan utara benua Afrika; ia merupakan gurun panas terbesar di dunia dengan keluasan 9,200,000 km persegi, dan juga gurun kedua terbesar selepas Antartika dan utara Artik. Gurun ini meliputi kebanyakan kawasan utara Afrika dari Laut Merah di timur, Laut Mediterranean di utara hingga Lautan Atlantik di barat dibataskani kawasan-kawasan subur di pesisir, Pergunungan Atlas di Maghreb, dan Lembah Nil di negara-negara Mesir dan Sudan; bentuk daratannya berubah secara beransur-ansur dari padang pasir ke dataran pantai. Di bahagian selatan, Sahara berbatasan dengan Sahil, suatu jalur savana tropika separa gersang sekitar lembah sungai Niger dan kawasan sub-Sahara Afrika. Sahara boleh dibahagikan kepada beberapa rantau, termasuklah barat Sahara, pergunungan-pergunungan Ahaggar, Tibesti dan Aïr serta gurun-gurun Ténéré dan Libya.

Nama "Sahara" diambil daripada perkataan صَحَارَىṣaḥārā, suatu bentuk jamak usang bagi perkataan صَحْرَاءṣaḥrā' dalam bahasa Arab yang bermaksud "padang pasir".

Untuk beberapa ratus ribu tahun, Sahara telah berselang seli di antara padang pasir dan padang rumput savana dalam kitaran 20 ribu tahun, yang disebabkan oleh liukan paksi Bumi (kira-kira 26 ribu tahun) ketika ia berputar mengelilingi Matahari, yang mengubah lokasi monsun Afrika Utara.