Savana

Savana ialah padang rumput tropika dengan dikelilingi oleh semak-samun dan pokok-pokok seperti palem dan akasia. yang sambil menjarang antara satu sama lain sehingga tidak meneduhkan permukaan bumi. Sistem biotik ini biasanya terbentuk di antara daerah tropika dan subtropika di mana kurangannya tadahan hujan sehingga menghasilkan iklim yang tidak terlalu kering untuk menjadi gurun pasir tetapi tidak cukup basah untuk menjadi hutan.

Ia lazim wujud di rantau Amerika Tengah dan benua Afrika, terutamanya di kawasan Timur di mana terletaknya dataran Serengeti di Tanzania yang terkenal.