Sahil

Sahil ialah zon biogeografi yang terletak di antara Gurun Sahara di bahagian utara dan kawasan biologi Sudan yang lebih subur di selatan dalam benua Afrika; negara-negara yang termasuk dalam rantau ini adalah Senegal, Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad, Sudan, Ethiopia, Eritrea, Djibouti, dan Somalia.

Nama kawasan ini datang daripada perkataan سَاحِلsaḥil dalam bahasa Arab yang bermaksud "daratan", "pesisir" atau "perbatasan".