Rusnah Aluai
Prof. Madya Rusnah Aluai (lahir 20 Februari 1962) adalah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Tangga Batu dari PH-PKR. Kini berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Amanah Yayasan Amanah dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Beliau sebelum ini merupakan ahli akademik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Undang-Undang dengan jawatan terakhir sebagai Profesor Madya.
Rusnah binti Aluai | |
|---|---|
| Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka | |
| Menyandang jawatan 2024 | |
| Ketua Wanita PKR Melaka | |
| Dalam jawatan 2022–2025 | |
| Ketua Wanita | Fadhlina Sidek |
| Ketua PKR Cabang Tangga Batu | |
| Menyandang jawatan 2022 | |
| Ketua PKR Melaka | Mohd Rafee Ibrahim (2024-kini) Aminuddin Harun (2022-2024) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Tangga Batu, Melaka | |
| Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | Abu Bakar Mohamad Diah |
| Digantikan oleh | Bakri Jamaluddin |
| Majoriti | 4,659 (PRU-14) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 20 Februari 1962 Melaka, Malaysia |
| Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
| Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sarjana Muda) The London School of Economics and Political Science (LSE) (Sarjana) |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
| Bidang pengkhususan | Ahli Akademik Peguam Bertauliah |
Beliau menang pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14) menewaskan calon dari parti BN-UMNO Datuk Zali Mat Yasin dengan undian majoriti 4,659 [1].