Roti canai

Roti canai
Roti canai yang baru dimasak
Nama alternatifRoti canai
JenisRoti leper
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Masakan berkaitanMalaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand
Dicipta olehMamak atau India Muslim di Pulau Pinang,Malaysia
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaTepung
Keragaman/variasiParatha , Roti prata.
sunting · sunting di Wikidata
Breakfast culture
NegaraMalaysia
DomainBreakfast culture
Rujukan02113
KawasanAsia Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2024 (sesi ke-19)
SenaraiRepresentative List

Roti canai (Jawi: روتي چاناي; Tamil: ரொட்டி சென்னை; Bahasa Malayalam: റോട്ടി ചെന്നൈ; Hindi: रोटी चेन्नै) ialah roti jenis leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Tenggara.Perkataan canai membawa maksud meleperkan dalam bahasa Melayu. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.

Menurut TasteAtlas, Roti Canai yang berasal dari Malaysia ini tersenarai sebagai makanan jalanan terbaik dunia dengan kedudukan tempat pertama dalam senarai makanan dunia pada tahun 2022 dan roti terbaik di dunia dengan kedudukan tempat pertama dalam senarai roti dunia pada tahun 2023.. Di Singapura mempunyai rupa yang hampir sama iaitu roti perata atau roti prataSin.) , Roti perata lebih tebal dan menggunakan mentega berbeza dengan roti canai menggunakan majerin dan lebih nipis.