Kari

Kari
Kari ayam
JenisHidangan 
Tempat asalanak benua Indoa
Kawasan/rantauSeantero Dunia
Bahan utamaDaging atau sayur, minyak, rempah ratus
Bahan yang biasa digunakanRempah 
sunting · sunting di Wikidata

Kari (Jawi: کاري) ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Pakistan, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.