Afrika Selatan

Republik Afrika Selatan
ريڤوبليك أفريک سلاتن
Republic of South Africa
  • 10 nama rasmi lain:
  • Republiek van Suid-Afrika (Afrikaans)
  • iRiphabliki yeSewula Afrika (Ndebele Selatan)
  • iRiphabliki yomZantsi Afrika (Xhosa)
  • iRiphabhuliki yaseNingizimu Afrika (Zulu)
  • iRiphabhulikhi yeNingizimu Afrika (Swazi)
  • Repabliki ya Afrika-Borwa (Sotho Utara)
  • Rephaboliki ya Afrika Borwa (Sotho)
  • Rephaboliki ya Aforika Borwa (Tswana)
  • Riphabliki ra Afrika Dzonga (Tsonga)
  • Riphabuḽiki ya Afurika Tshipembe (Venda)
Bendera Jata
Cogan kata"!ke e: ǀxarra ǁke(ǀXam)
"Bersatu dalam Kepelbagaian"
Lagu kebangsaanNkosi Sikelel' iAfrika atau dalam bahasa Melayu "Tuhan Rahmati Afrika"

Lokasi  Afrika Selatan  (biru tua)

– di Afrika  (biru muda & kelabu tua)
– di Kesatuan Afrika  (biru muda)

Ibu negara
Bandar terbesarJohannesburg
Bahasa rasmi
11 bahasa
Kumpulan etnik
(2014)
DemonimOrang Afrika Selatan
KerajaanRepublik
• Presiden
Cyril Ramaphosa
• Timbalan Presiden
David Mabuza
Badan perundanganParlimen
Majlis Kebangsaan
Perhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan 
• Kesatuan
31 Mei 1910
• Pentadbiran-sendiri
11 Disember 1931
• Republik
31 Mei 1961
• Demokrasi
27 April 1994
Keluasan
• Jumlah
1,221,037 km2 (471,445 bt2) (ke-25)
• Perairan (%)
0.380
Populasi
• Perkiraan 2019
59,622,350 (ke-24)
• Bancian Penduduk 2011
51,770,560
42.4/km2 (109.8/sq mi) (ke-169)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
$767,200 bilion (ke-30)
$13,600 (ke-90)
KDNK (nominal)2015
•  Jumlah
$323.809 bilion (ke-35)
$5,902 (ke-88)
Gini (2009)63.1
sangat tinggi
HDI (2013) 0.658
sederhana · 118th
Mata wangRand Afrika Selatan
(ZAR)
Zon waktuUTC+2 (SAST)
Arah memandukiri
Kod panggilan+27
Kod ISO 3166ZA
DPT internet.za
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"

Afrika Selatan, secara rasminya Republik Afrika Selatan (Jawi: ريڤوبليك أفريک سلاتن, bahasa Inggeris: Republic of South Africa, ''RSA), ialah negara paling selatan di benua Afrika. Ia bersempadan dengan Namibia, Botswana dan Zimbabwe di utara, Mozambique dan Eswatini di timur laut. Manakala, keseluruhan negara Lesotho terletak di dalam pedalaman Afrika Selatan. Dengan penduduk lebih daripada 59 juta orang, negara ini berada di tangga ke-24 dari segi penduduk paling ramai di dunia. Afrika Selatan mempunyai tiga ibu kota: Pretoria (eksekutif), Bloemfontein (kehakiman) dan Cape Town (perundangan). Bandar terbesarnya ialah Johannesburg dan di sana juga terletak mahkamah yang paling tinggi iaitu Mahkamah Perlembagaan. Kira-kira 80% orang Afrika Selatan berketurunan kulit hitam dari Afrika , terbahagi kepada pelbagai kumpulan etnik yang berbahasa Afrika. Baki penduduknya pula terdiri daripada komuniti keturunan kulit putih dari Eropah, Asia dan berbilang kaum. Pada suatu masa dahulu, kerajaan negara ini dikecam kerana dasar aparteidnya tetapi sekarang ia sebuah negara demokratik dengan penduduk kulit putih terbesar di benua Afrika.

Afrika Selatan terdiri daripada masyarakat pelbagai etnik yang merangkumi pelbagai budaya, bahasa dan agama. Sifat pluralistik masyarakatnya dapat dilihat dalam pengiktirafan perlembagaan terhadap 11 bahasa rasmi, dan bahasa Inggeris ialah bahasa kelima paling banyak dituturkan di negara ini. Menurut bancian 2011, dua bahasa rasmi yang paling banyak dituturkan ialah Zulu (22.7%) dan Xhosa (16.0%). Dua bahasa lain yang utama di sini berasal dari Eropah: Afrikaans (13.5%) dikembangkan dari Belanda dan berfungsi sebagai bahasa pertama Afrika Selatan untuk golongan berwarna dan putih; Bahasa Inggeris (9.6%) adalah kesan peninggalan penjajahan British, dan biasanya digunakan dalam kehidupan awam dan komersial. Negara ini ialah salah satu daripada negara di benua Afrika yang tidak pernah mengalami kudeta, dan pilihan raya biasa telah diadakan selama lebih satu abad. Namun, sebahagian besar orang Afrika Selatan kulit hitam tidak diberikan hak mengundi sehingga tahun 1994.

Afrika Selatan ialah negara membangun dan berada di kedudukan ke-113 dalam Indeks Pembangunan Manusia, ketujuh tertinggi di rantau Afrika. Ia telah diklasifikasikan oleh Bank Dunia sebagai negara industri baru, dengan ekonomi kedua terbesar di Afrika, dan dan ke-33 terbesar di dunia. Perlombongan merupakan industri yang penting dan negara ini merupakan pengeluar emas, berlian, platinum dan kromium yang terbesar di dunia. Afrika Selatan juga mempunyai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang paling banyak di Afrika. Negara ini mempunyai kekuatan pertengahan di arena antarabangsa; ia mengekalkan pengaruh wilayah yang signifikan dan merupakan anggota negara Komanwel dan G20. Walau bagaimanapun, jenayah, kemiskinan dan ketidaksamarataan tetap berleluasa, dengan kira-kira seperempat penduduk menganggur dan hidup dengan pendapatan kurang daripada AS $ 1,25 sehari. Lebih-lebih lagi, perubahan iklim adalah isu penting bagi Afrika Selatan: ia merupakan penyumbang utama perubahan iklim akibat pengeluaran gas kesan Greenhouse ke-14 terbesar pada 2018 (sebahagian besarnya disebabkan oleh industri arang batu), dan rentan terhadap banyak kesannya, kerana persekitaran air yang tidak selamat dan komuniti yang rentan.