Senarai negara dan wilayah tanggungan mengikut keluasan
Berikut ialah senarai negara-negara yang diatur menurut keluasan masing-masing. Taksiran diberikan dalam unit metrik. Negara yang dibawah jajahan (dependencies) ditunjukkan bersama negara penguasa mereka.
Senarai ini termasuk tiga ukuran keluasan:
- Jumlah keluasan: jumlah keluasan tanah dan air dalam sempadan antarabangsa dan garis pantai.
- Keluasan tanah: agregat semua tanah dalam sempadan antarabangsa dan garis pantai, tidak termasuk kawasan air.
- Keluasan air: jumlah kawasan permukaan semua badan air pedalaman (tasik, takungan, dan sungai) dalam sempadan antarabangsa dan garis pantai. Pantai perairan dalam mungkin disertakan. Laut Wilayah tidak termasuk melainkan dinyatakan sebaliknya. Zon bersebelahan dan zon ekonomi eksklusif tidak termasuk.