Dewan Pertuanan United Kingdom
| Dewan Pertuanan United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara ديوان ڤرتوانن يونايتد كيڠدوم ڬريت بريطان دان أيرلند اوتارا | |
|---|---|
| House of Lords of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland | |
| Jenis | |
| Jenis | |
| Kepimpinan | |
Lord Speaker | Norman Fowler sejak 1 September 2016 |
Ketua | Nicholas True, Konservatif sejak 6 September 2022 |
Ketua Pembangkang | Angela Smith, Buruh sejak 27 Mei 2015 |
Ketua Parti Ketiga | Richard Newby, Demokrat Liberal sejak 13 September 2016 |
| Struktur | |
| Ahli | 779 |
Kumpulan politik |
|
| Gaji | Tiada gaji tahunan, tetapi elaun dan perbelanjaan harian bebas cukai dibayar. |
| Tempat persidangan | |
| Bilik Dewan Pertuanan, Istana Westminster, Westminster, London, United Kingdom | |
| Laman sesawang | |
| www | |
| Catatan kaki | |
| sunting | |
Dewan Pertuanan (bahasa Inggeris: House of Lords) adalah dewan atas Parlimen United Kingdom dan sering dirujuk sebagai "Pertuanan" (the Lords). Parlimen UK terdiri dari Raja, Dewan Rakyat (dewan bawah Parlimen, juga dirujuk sebagai the Commons), dan Dewan Pertuanan. Di Parlimen, ahli-ahli Dewan Pertuanan kini melebihi ahli-ahli Dewan Rakyat dengan 751 berbanding 646.
Gaya rasmi dan lengkap Dewan Pertuanan adalah The Right Honourable the Lords Spiritual and Temporal of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland in Parliament assembled. Gaya rasmi ahli individu Dewan Pertuanan pula adalah The Right Honourable the Lord X (of Y). Tuan-tuan bangsawan yang merupakan ahli Majlis Privi meletakkan "PC" (Privy Counsellor) selepas gelaran mereka: kesemua ahli Majlis Privi bagaimanapun memang berhak mendapat julukan The Right Honourable.
Pada 7 Mac 2007, Dewan Rakyat mengundi, pada dasarnya, untuk menggantikan para Tuan bangsawan dengan satu dewan yang dipilih (sama ada 100% dipilih atau 80% dipilih, 20% dilantik). Ini adalah suatu langkah terhadap perundangan untuk mengakhirinya (lihat Pembaharuan Dewan Pertuanan). Walau bagaimanapun, Dewan Pertuanan sebagai dewan perundangan atas menolak cadangan ini dan mengundi untuk pelantikan keseluruhan Dewan Pertuanan.