Nasional FM

Nasional FM
BandarKuala Lumpur
George Town
Johor Bahru, Daerah Johor Bahru
Singapura
Kota Batam/Pulau Batam
Kawasan penyiaranASEAN ( ASEAN/Saluran ini menyiarkan siaran awam secara rasmi di ASEAN)
SloganSentiasa Di Hati
FrekuensiBerbeza-beza, bergantung kepada kawasan
Tarikh siaran pertama1 April 1946 (1946-04-01) sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) dan Perkhidmatan Bahasa Melayu (Rangkaian Biru)
20 Jun 1975 (1975-06-20) sebagai FM Stereo
FormatEasy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluRadio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya)
Perkhidmatan Bahasa Melayu
Rangkaian Biru
Radio Malaysia
Rangkaian Nasional
FM Stereo
Pemilik
Saluran kembarRadio Klasik
TraXX FM
Ai FM
Minnal FM
Siaran webhttps://rtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/nasionalfm
Tapak webnasionalfm.rtm.gov.my

Nasional FM (radio ini dikenali sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya), Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Radio Malaysia, Rangkaian Nasional, FM Stereo, Radio 1, Radio 2, Radio Muzik, Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) dan Radio Malaysia Saluran Muzik) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Rangkaian Nasional dan FM Stereo) ialah stesen radio nasional Bahasa Melayu tertua di Malaysia untuk masyarakat Melayu Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Melayu di Malaysia sehingga siaran radio pertama di Malaysia menggunakan format FM stereo sehingga stesen radio nasional menggunakan format FM Stereo pertama di Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia disiarkan dalam Bahasa Melayu. Moto utamanya ialah Sentiasa Di Hati. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio kedua Bahasa Melayu di Malaysia selepas Radio Klasik. Stesen radio pertama di Malaysia yang disiarkan dalam FM Stereo pada 20 Jun 1975 sebagai FM Stereo.

Nasional FM dan Radio Klasik merupakan dua stesen radio yang sedia ada di RTM.

Nasional FM utamanya ialah di Aras 3 Selatan, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Nasional FM bersiaran serentak di stesen radio negeri semenanjung RTM (kecuali Perlis FM) pada setiap hari bermula jam 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi.

Liputan Radio Klasik, Nasional FM dan TraXX FM meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4.