Radin Malleh
Datuk Seri Panglima Radin Malleh ialah ahli politik Malaysia berketurunan Kadazandusun. Beliau merupakan mantan ADUN Melalap selama empat penggal (1999-2018) dan mantan Ahli Parlimen Tenom selama sepenggal (1995-1999) serta mantan Ahli Parlimen Padas selama sepenggal (1990-1995). Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah.
Datuk Seri Panglima Radin Malleh SPDK (Sabah) | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Melalap | |
| Dalam jawatan 1999–2018 | |
| Didahului oleh | Kawasan dicipta daripada DUN Tenom |
| Digantikan oleh | Peter Anthony |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Tenom | |
| Dalam jawatan 1995–1999 | |
| Didahului oleh | Kawasan dicipta daripada Parlimen Padas |
| Digantikan oleh | Rizalman Abdullah |
| Majoriti | 2,924 (PRU-9) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Padas | |
| Dalam jawatan 1990–1995 | |
| Didahului oleh | Kadoh Agundong |
| Digantikan oleh | Kawasan dipecahkan kepada Tenom dan Sipitang |
| Majoriti | 8,024 (PRU-8) |
| Maklumat peribadi | |
| Parti politik | Parti Bersatu Sabah |
| Tempat belajar | University of Kent (LLB) |
| Pekerjaan | Ahli politik |