Rodri Hernández

Rodri
Rodri beraksi pada tahun 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Rodrigo Hernández Cascante
Tarikh lahir (1996-06-22) 22 Jun 1996
Tempat lahir Madrid, Sepanyol
Ketinggian 1.90 m (6 ka 3 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester City
Nombor 16
Kerjaya remaja
2006–2007 Rayo Majadahonda
2007–2013 Atlético Madrid
2013–2015 Villarreal
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2016 Villarreal B 39 (1)
2015–2018 Villarreal 63 (1)
2018–2019 Atlético Madrid 34 (3)
2019– Manchester City 142 (16)
Pasukan kebangsaan
2012 Sepanyol B16 2 (0)
2015 Sepanyol B19 8 (0)
2017 Sepanyol B21 6 (1)
2018– Sepanyol 45 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:00, 18 Jun 2023 (UTC)

Rodrigo Hernández Cascante (lahir 22 Jun 1996), dikenali sebagai Rodri atau Rodrigo, ialah pemain bola sepak profesional Sepanyol yang beraksi di posisi pemain tengah bertahan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Sepanyol. Dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia di posisinya, beliau dikenali dengan kelebihan bertahan dan posisi serangan, merebut bola, melakukan hantaran dan pengawalan bola yang baik.

Selepas menempuh karier bersama kelab Villarreal dan Atlético Madrid di La Liga, Rodri telah menyertai Manchester City pada tahun 2019. Beliau membantu pasukannya meraih tiga kejuaraan liga berturut-turut pada musim 2020-21, 2021-22 dan Liga Perdana Inggeris 2022-23. Beliau juga sebahagian daripada kempen yang merebut treble bersejarah. Treble tersebut termasuklah kejayaan Liga Juara-Juara apabila beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan pada aksi final dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

Rodri merupakan pemain antarabangsa Sepanyol yang telah melakukan debut bersama skuad senior pada tahun 2018. Beliau telah mewakili pasukannya ke kejohanan UEFA Euro 2020 dan Piala Dunia FIFA 2022. Pada tahun 2023, pasukannya menjuarai Liga Negara-Negara UEFA dan beliau telah dianugerahkan sebagai pemain terbaik pada aksi final.