Pinang

Pinang
Pokok Pinang
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Areca
Spesies:
A. catechu
Nama binomial
Areca catechu

Pokok pinang (nama saintifik: Areca catechu, bahasa Inggeris: betelnut, tulisan Cina: 檳榔) merupakan satu spesis tumbuhan palma yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia, dan bahagian-bahagian Afrika timur. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter, dengan diameter batangnya setebal 20-30 sm. Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya.

Pinang ditanam untuk memperoleh buahnya yang penting dari segi ekonomi sebagai kunyahan memberi rasa keasyikan digandingkan bersama sirih. Ia mempunyai sejarah yang lama dalam kebudayaan alam orang Melayu; bahkan ia antara empat jenis pokok palma yang disebut-sebutkan dalam Batu Bersurat Talang Tuwo tahun 684 M:

ñiyur pinaṃ hanāu ru-/mviya dṅan samiśrāña yaṃ kāyu nimākan vuaḥña
("nyiur, pinang, enau, rumbia dengan [seumpamanya] yang kayu dimakan buahnya...")