Sirih
| Sirih | |
|---|---|
| Pokok Sirih | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Divisi: | |
| Kelas: | |
| Order: | Piperales
|
| Keluarga: | |
| Genus: | Piper
|
| Spesies: | P. betle
|
| Nama binomial | |
| Piper betle | |
Sirih (Jawi: سيريه) atau nama saintifiknya Piper betle adalah sejenis pokok menjalar rambat malar hijau dalam keluarga Piperaceae bertaburan asal di kawasan tropika Asia Tenggara dan Asia Selatan.
Daun-daunnya dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat taburan asal tumbuhan ini yang mengunyahnya bersama bahan sampingan lain seperti buah pinang dalam beraneka tujuan (baik untuk riadah, sebagai pelega mahupun mewangikan) dan keadaan termasuk menyambut tetamu serta sebagai hantaran dalam adat perkahwinan. Menurut Mursito (2002), di Myanmar dan sebahagian kepulauan Afrika menjadikan sirih sebagai sayur harian seperti sayur air atau sayur bening. Kebiasaannya, sayur air sirih atau beninh sirih dimasak bersama dengan kentang dan lobak merah. Ia juga penting dalam perubatan Melayu tradisional.