Batu Bersurat Talang Tuwo
| Batu Bersurat Talang Tuwo | |
|---|---|
Batu Bersurat Talang Tuwo yang dipamerkan di Muzium Nasional Indonesia. | |
| Bahan | Andesit |
| Saiz | 67×97×21 cm |
| Tulisan | Bahasa Melayu Kuno |
| Ditemui | 17 November 1920 Kaki Bukit Siguntang, Palembang, Indonesia |
| Ditemui oleh | Louis Constant Westenenk |
| Lokasi terkini | Muzium Nasional Indonesia |
| Pengenalpastian | D. 145 |
Batu Bersurat Talang Tuwo merupakan sebuah batu bersurat yang dijumpai oleh Louis Constant Westenenk yang merupakan Residen Palembang pada 17 November 1920 di kaki Bukit Siguntang, Palembang, Indonesia. Keadaan fizikal batu bersurat ini adalah baik.
Batu bersurat ini menceritakan tentang penubuhan taman Śrīksetra yang melimpah yang dianugerahkan oleh Sri Jayanasa raja Srivijaya, untuk kesejahteraan semua makhluk.
Batu bersurat ini ditemui dalam keadaan baik dengan skrip bertulis yang jelas. Saiznya ialah Saiz batu bersurat ini adalah 67×97×21 cm.. Ia adalah bongkah batu dan bertarikh dari 606 Saka (bersamaan dengan 23 Mac 684), tulisan Pallava dalam bahasa Melayu Lama. Prasasti itu terdiri daripada 14 baris. Van Ronkel dan Bosch adalah ulama pertama yang menterjemahkan inskripsi tersebut. Karya mereka diterbitkan dalam Acta Orientalia. Sejak tahun 1920, prasasti tersebut telah disimpan di Museum Nasional Indonesia, Jakarta, di bawah inventori nombor D.145.