Piala Emas Raja-Raja

Piala Emas Raja-Raja
ڤيالا امس راج-راج
Badan penganjuranPersatuan Bola Sepak Melayu Malaysia
Ditubuhkan1922 (1922)
Kawasan Malaysia
Singapura
Jumlah pasukan16 - 19
Juara semasaMySPRM-ACeIO (2024)
Piala Emas Raja-Raja 2024
Tahun kejohanan

Piala Emas Raja-Raja (singkatan: PERR) merupakan kejohanan bola sepak yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia. Ianya telah dilangsungkan sejak tahun 1922, dengan beberapa siri perubahan berkaitan dengan nama kejohanan. Berbeza dengan Piala Malaysia, pasukan yang menyertai kejohanan PERR biasanya terdiri daripada pasukan negeri yang dikendalikan oleh persatuan bola sepak Melayu di negeri masing-masing. Terdapat juga pasukan bola sepak bukan negeri yang menyertai kejohanan ini. Edisi 2022 merupakan edisi kali ke-100 kejohanan ini, dan dimenangi oleh pasukan bola sepak Melayu Selangor.