Piala Emas Raja-Raja 2023

2023 Piala Emas Raja-Raja
ڤيالا امس راج-راج 2023
Negara Malaysia
Tarikh23 Oktober - 29 Oktober (Peringkat kumpulan)
4 November - 11 November (Peringkat suku akhir)
20 November - 25 November (Peringkat separuh akhir)
10 Disember (Peringkat akhir)
Pasukan15
Juara PBM Pahang
Naib juara Terengganu FA
2022
2024

Piala Emas Raja-Raja 2023 merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia. Ianya telah diadakan bermula pada 23 Oktober hingga 10 Disember 2023 dan merupakan edisi ke-81 Piala Emas Raja-Raja. Kejohanan ini telah diadakan di beberapa buah stadium dan padang bola sepak di sekitar Malaysia. Pasukan PBM Selangor akan cuba mempertahankan kejuaraan yang telah mereka menangi pada tahun 2022 yang lalu.