Piala Emas Raja-Raja 2017
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Tarikh | 8 September - 24 September (Peringkat Kumpulan) 7 Oktober - 14 Oktober (Peringkat suku akhir) 21 Oktober - 28 Oktober (Peringkat separuh akhir) 4 November - 11 November (Perlawanan akhir) |
| Pasukan | 19 |
| Juara | PBM Pulau Pinang |
| Naib juara | PBM Kelantan |
← 2016 2018 → | |
Piala Emas Raja-Raja 2017 merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia. Ianya telah diadakan bermula pada 8 September hingga 11 November 2017 dan merupakan edisi ke-77 Piala Emas Raja-Raja. Kejohanan ini telah diadakan di beberapa buah stadium dan padang bola sepak di sekitar Malaysia. Untuk edisi kali ini, pasukan PBM Pahang akan cuba mempertahankan kejuaraan yang telah mereka menangi pada tahun 2016 yang lalu.