Piala Emas Raja-Raja 2022
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Tarikh | 1 Oktober - 16 Oktober (Peringkat Kumpulan) 22 Oktober - 23 Oktober (Peringkat suku akhir) 29 Oktober (Peringkat separuh akhir) 12 November (Perlawanan akhir) |
| Pasukan | 19 |
| Juara | PBM Selangor |
| Naib juara | Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg Polis Diraja Malaysia |
| Perlawanan dimainkan | 31 |
| Jaringan gol | 95 (3.06 per perlawanan) |
← 2019 2023 → | |
Piala Emas Raja-Raja 2022 merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia. Ianya telah diadakan bermula pada 1 Oktober hingga 12 November 2022 dan merupakan edisi ke-80 dan penganjuran yang ke-100 tahun Piala Emas Raja-Raja. Kejohanan ini telah diadakan di beberapa buah stadium dan padang bola sepak di sekitar Malaysia. Pasukan Majlis Sukan India Malaysia tidak menyertai edisi kali ini, sekaligus tidak akan mempertahankan kejuaraan yang telah mereka menangi pada tahun 2019 yang lalu.