Piala Emas Raja-Raja 2024
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Tarikh | 20 Oktober - 22 Oktober (Peringkat kumpulan) 24 Oktober (Peringkat suku akhir) 25 Oktober (Peringkat separuh akhir) 27 Oktober (Peringkat akhir) |
| Pasukan | 16 |
← 2023 2025 → | |
Piala Emas Raja-Raja 2024 merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia. Ianya telah diadakan bermula pada 20 Oktober hingga 27 Oktober 2023 dan merupakan edisi ke-102 penganjuran Piala Emas Raja-Raja. Kejohanan kali ini menampilkan kelainan oleh kerana ia dianjurkan secara karnival iaitu sebuah negeri dipilih sebagai tuan rumah di mana Melaka telah dipilih untuk edisi kali ini. Pasukan PBM Pahang akan cuba mempertahankan kejuaraan yang telah mereka menangi pada tahun 2023 yang lalu.