Perayaan Kuih Bulan

Perayaan Kuih Bulan
中秋节
Hiasan perayaan di Beijing
Juga dikenali sebagai
Festival Bulan, Festival Kuih Bulan
Diraikan oleh/di
Orang Cina
JenisBudaya, keagamaan
KepentinganMemperingati dan meraikan berakhirnya musim menuai musim luruh
SambutanMenyalakan tanglung, membuat dan berkongsi kuih bulan, adat berpasangan dan merisik, bunga api, perhimpunan keluarga, tarian naga, makan bersama keluarga, melawat rakan dan saudara, memberi hadiah
UpacaraMemakan kuih bulan dan meminum wain kayu manis (cassia wine)
Tarikh15th day of the 8th month of the Chinese lunar calendar
Tarikh 202417 September 2024
Tarikh 20256 September 2025
Tarikh 202626 September 2026
KekerapanTahunan
Berkaitan dengan
Chuseok (Korea), Tsukimi (Jepun), Tết Trung Thu (Vietnam), Uposatha dari Ashvini atau Krittika (Kemboja, Laos, Myanmar, Sri Lanka dan Thailand)
Perayaan Kuih Bulan
Perayaan Kuih Bulan dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah)
Tulisan Cina Tradisional中秋節
Tulisan Cina Ringkas中秋节

Perayaan Kuih Bulan atau Sembahyang Bulan Lapan ialah salah satu perayaan yang paling penting kepada orang Cina; ia disambut sehebat Tahun Baru Cina. Sejarah perayaan ini dipercayai bermula lebih 3,000 tahun dahulu. Perayaan serupa turut diraikan oleh masyarakat di Asia Timur dan Asia Tenggara.

Semasa perayaan ini, pelbagai jenis tanglung saiz dan bentuk dinyalakan dan dibawa ke serata tempat, melambangkan cahaya yang menerangi jalan menuju kemakmuran dan tuah. Sejenis kuih istimewa berinti kacang manis atau biji teratai iaitu kuih bulan dimakan sepanjang tempoh perayaan. Perayaan ini berkait rapat dengan legenda Chang'e, dewi Bulan dalam mitologi Cina.