Kuih bulan
| Kuih bulan 月饼 | |
|---|---|
Kuih bulan Kantonis berintikan pes biji teratai | |
| Jenis | Pastri |
| Jenis sajian | Pencuci mulut |
| Tempat asal | China |
| Kawasan/rantau | Asia Timur dan Asia Tenggara |
| Bahan utama | Kerak: minyak sayuran Inti: Pes kacang merah atau biji teratai, kuning telur asin, mungkin ada atau tiada ramuan tambahan |
| Anggaran 416 calorie (1,740 kJ) kcal | |
| Maklumat lain | Unicode emoji 🥮 |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Kuih bulan | |||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Cina Tradisional | 月餅 | ||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 月饼 | ||||||||||||||||||
| Hanyu Pinyin | yuèbĭng | ||||||||||||||||||
| Maksud harfiah | Biskut bulan | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Kuih bulan (Jawi: كويه بولن; Cina ringkas: 月饼; Cina tradisional: 月餅) ialah sejenis kuih hasil hasil perusahaan reroti Cina yang secara tradisinya dimakan ketika Pesta Pertengahan Musim Luruh. Pesta ini pada awalnya mengenai kegiatan penuaian dan terdapat legenda yang menghubungkannya dengan memerhati bulan; dan kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa. Kuih bulan ditawar sesama rakan-rakan atau semasa keluarga berkumpula bagi meraikan pesta. Pesta Pertengahan Musim Luruh dianggap sebagai satu daripada empat perayaan paling penting dalam kebudayaan CIna.
Terdapat pelbagai jenis kuih bulan yang ada di China dan luar China dalam kalangan masyarakat Cina luar negara. Kuih bulan Kantonis ialah jenis yang paling terkenal. Kuih bulan Kantonis yang tradisional ialah sejenis pastri berbentuk bulat, berukuran kira-kira 10 cm (4 in) diameter dan 3–4 cm (1 1⁄4–1 1⁄2 in) tebal, dengan isi yang tebal dan meriah kebiasaannya dibuat daripada pes biji teratai (isi lain biasanya termasuklah pes kacang merah atau kacang campur) yang dibalut dengan kerak nipis berukuran 2–3 mm (anggaran 1/8 inci) dan boleh juga mengandungi kuning telur dari telur asin itik.
Kuih bulan biasanya dimakan dalam bentuk bebaji kecil, bersama-sama teh. Kini, ia menjadi adat bagi orang dan keluarga perniagaan untuk mempersembahkan kuih bulan kepada pelanggan atau keluarga sebagai hadiah, sekaligus menggalakkan pasaran untuk kuih bulan mewah.
Sebagaimana Perayaan Pertengahan Musim Luruh disambut di pelbagai tempat di Asia disebabkan kewujudan masyarakat Cina di satu-satu kawasan, kuih bulan boleh dinikmati di bahagian lain juga. Kuih bulan juga ada di negara-negara barat sebagai salah satu bentuk makanan istimewa.