Pencerobohan Turki ke atas Cyprus

Pencerobohan Turki ke atas Cyprus
Sebahagian daripada Persengketaan Cyprus

Pasukan kereta kebal Yunani mara ke sempadan Turki di Cyprus (1974)
Tarikh20 Julai – 18 Ogos 1974
(4 minggu dan 1 hari)
Lokasi
Keputusan

Kemenangan Turki

  • Pemerintahan junta tentera Yunani Cyprus tumbang pada 23 Julai 1974
  • Junta tentera Yunani di Greece tumbang pada 24 Julai 1974
  • 200,000 Yunani Cyprus dipindahkan
  • 50,000 Turki Cyprus dipindahkan
Perubahan
wilayah

Turki menawan 36.2% daripada Cyprus

  • Pembentukan Pentadbiran Autonomi Turki Cyprus
Pihak yang terlibat
 Turki
Pertubuhan Perjuangan Turki
Republik Cyprus
EOKA B
 Greece
Komandan dan pemimpin
Fahri Korutürk
Bülent Ecevit
Necmettin Erbakan
Rauf Denktaş
Glafcos Clerides
Nikos Sampson
Dimitrios Ioannidis
Phaedon Gizikis
Kekuatan
Turki:
40,000 tentera
160–180 kereta kebal M47 dan M48
Turki Cyprus:
11,000–13,500 tentera, sehingga 20,000 di bawah mobilisasi penuh

Jumlah: 60,000

Cyprus:
12,000 tentera
Bilangan kecil kereta kebal T-34

Greece:
1,800–2,000

Jumlah: 14,000
Kerugian dan korban
1,500–3,500 kematian (anggaran) (tentera dan orang awam) termasuk 568 KIA (498 TAF, 70 Pejuang)
270 orang awam terkorban
803 orang awam hilang (angka rasmi pada tahun 1974)
2,000 tercedera

4,500–6,000 kematian (anggaran) (tentera dan orang awam) termasuk 309 tentera terkorban (Cyprus) dan 105 (Yunani)
1,000–1,100 hilang(sehingga 2015)
12,000 tercedera



UNFICYP:
9 terkorban
65 tercedera

Pencerobohan Turki ke atas Cyprus telah dilancarkan pada 20 Julai 1974. Serangan ini merupakan respon tentera Turki terhadap rampasan kuasa oleh Pengawal Kebangsaan Cyprus untuk menentang Presiden Makarios III dengan berhasrat untuk mengilhak pulau tersebut kepada Greece. Pencerobohan ini juga susulan daripada pertikaian antara kaum lebih daripada sedekad antara komuniti Yunani Cyprus dan Turki Cyprus sejak berlakunya krisis perlembagaan pada 1963. Turki memainkan peranan sebagai penjamin di bawah Perjanjian Jaminan 1960 untuk mengabsahkan keputusannya bagi menduduki Cyprus Utara.

Tentera Turki telah melancarkan dua gelombang serangan dan menduduki kira-kira 37 peratus daripada kawasan Cyprus iaitu di bahagian timur laut. Operasi ketenteraan ini telah menyebabkan berlakunya perpindahan besar-besaran komuniti Cyprus sekali gus membahagikan pulau ini antara komuniti Turki Cyprus di utara dan Yunani Cyprus di selatan. Kesan peristiwa ini telah menyaksikan Turki Cyprus telah mengisytiharkan pemisahan entiti politik sendiri dengan nama Negara Persekutuan Turki Cyprus. Pada tahun 1983, entiti politik itu melakukan pengisytiharan kemerdekaan secara unilateral yang mana ia dikenali sebagai Republik Turki Cyprus Utara, yang hanya diiktiraf oleh Turki. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula mengiktiraf kedaulatan Republik Cyprus berdasarkan syarat-syarat kemerdekaannya pada tahun 1960. Pasukan pengaman PBB masih memelihara dan menjaga zon kawasan penampan antara kedua-dua entiti kuasa yang terdapat di pulau itu.