Perang Uthmaniyah–Venice (1537–40)
| Perang Uthmaniyah–Venice Ketiga | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perang Uthmaniyah–Venice | |||||||
"Pertempuran Preveza" (1538) oleh Ohannes Umed Behzad, dilukis pada tahun 1866. | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
|
Liga Suci: Republik Venezia Sepanyol Republik Genoa Negeri-negeri Paus Kerajaan Beraja Naples Kerajaan Beraja Sicily Kesatria Malta |
Empayar Uthmaniyah Perancis (sehingga 1538) | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
| Andrea Doria | Hayreddin Barbarossa | ||||||
Perang Uthmaniyah-Venice Ketiga (1537–1540) adalah perang kedua daripada tiga buah peperangan antara pihak Uthmaniyah dan Venice pada kurun ke-16. Perang ini terjadi antara perikatan Perancis-Uthmaniyah iaitu Françis I dari Perancis dan Süleyman I daripada Empayar Uthmaniyah menentang Maharaja Suci Rom Charles V. Rancangan asal di antara dua pihak ini adalah untuk bersama-sama menyerang Itali, Françis melalui Lombardy di utara manakala Süleyman melalui Apulia ke selatan. Bagaimanapun, cadangan serangan ini gagal dilaksanakan.