| Pencerobohan Soviet ke atas Manchuria |
|---|
| Sebahagian daripada Perang Soviet–Jepun dalam Perang Dunia Kedua |
Kemaraan Soviet di Asia Timur Laut, Ogos 1945 |
| Tarikh | 9–20 Ogos 1945 |
|---|
| Lokasi | |
|---|
| Keputusan |
Kemenangan Soviet |
|---|
Perubahan wilayah |
Kejatuhan negara boneka Jepun
|
|---|
|
| Pihak yang terlibat |
|---|
Pihak Bersekutu: Kesatuan Soviet Mongolia |
Kuasa Paksi: Empayar Jepun
|
| Komandan dan pemimpin |
|---|
- Kirill Meretskov
- Maksim Purkayev
- Nikolay Kuznetsov
- Ivan Yumashev
- Khorloogiin Choibalsan
- Zhamyangiyn Lhagvasuren
|
- Otozō Yamada #
- Seiichi Kita #
- Jun Ushiroku #
- Puyi #
- Zhang Jinghui #
- Demchugdongrub
|
| Unit terlibat |
|---|
- Barisan Transbaikal
- Tentera Darat Ke-17
- Tentera Darat Ke-36
- Tentera Darat Ke-39
- Tentera Darat Ke-53
- Tentera Kereta Kebal Pengawal Ke-6
- Kumpulan Berkuda Mongolia
- Ketumbukan Udara Ke-12
- Barisan Pertama Timur Jauh
- Tentera Darat Panji Merah Pertama
- Tentera Darat Ke-5
- Tentera Darat Ke-25
- Tentera Darat Ke-35
- Kor Ke-10 Mekanis
- Ketumbukan Udara Ke-9
- Barisan Ke-2 Timur Jauh
- Tentera Darat Panji Merah Ke-2
- Tentera Darat Ke-15
- Tentera Darat Ke-16
- Kor Raifal Ke-5 Berasingan
- Kumpulan Chuguevsk
- Flotila Amur
- Ketumbukan Udara Ke-10
|
- Tentera Kwantung
- Tentera Darat Kawasan Pertama
- Tentera Darat Ke-3
- Tentera Darat Ke-5
- Tentera Darat Kawasan Ketiga
- Tentera Darat Ke-30
- Tentera Darat Ke-44
- Unit-unit bebas
- Tentera Darat Ke-4
- Tentera Darat Ke-34
- Tentera Darat Manchukuo
- Tentera Kebangsaan Mengjiang
|
| Kekuatan |
|---|
Kesatuan Soviet:
- 1,577,725 anggota
- 27,086 unit artileri
- 1,152 pelancar roket
- 5,556 kereta kebal dan meriam gerak sendiri
- 3,721 pesawat
- Mongolia:
- 16,000 anggota
- Jumlah:
- 1,593,725 anggota
- 27,086 unit artileri
- 1,152 pelancar roket
- 5,556 kereta kebal dan meriam gerak sendiri
- 3,721 pesawat
|
Jepun:
- Di Manchuria:
- 665,500 anggota tentera dan kelasi
- 290 kereta kebal
- 1,042 pesawat (232 pesawat tempur)
- Di Korea:
- 335,900 anggota tentera dan kelasi
~80 kereta kebal
- 962 pesawat (395 pesawat tempur)
- Manchukuo:
- 170,000–200,000 anggota
|
| Kerugian dan korban |
|---|
Kesatuan Soviet:
- 9,780–12,031 terbunuh
- 24,425 cedera
- 300+ kereta kebal musnah
- Mongolia:
- 72 terbunuh
- 125 cedera
- Jumlah:
- 9,852–12,103 terbunuh
- 24,550 cedera
- 78 kereta kebal dan meriam gerak sendiri musnah
- 62 pesawat tempur Soviet musnah
|
Rekod perubatan Jepun:
- 21,389 terbunuh
- Jumlah yang ditawan tidak diketahui
- Jumlah besar peralatan dirampas
- Manchukuo:
- Sebahagian besar tentera melarikan diri sebelum pertempuran
|
|
|---|
China – Lautan Pasifik – Asia Tenggara – Pasifik Barat Daya – Jepun – Manchuria (1945) |
Pencerobohan Soviet ke atas Manchuria, yang secara rasminya dikenali sebagai Operasi Penyerangan Strategik Manchuria atau ringkasnya Operasi Manchuria (Маньчжурская операция) dan kadangkala disebut sebagai Operasi Ribut Ogos, bermula pada 9 Ogos 1945 dengan pencerobohan Soviet ke atas negara boneka Empayar Jepun iaitu Manchukuo, yang terletak di Manchuria yang diduduki Jepun. Ia merupakan kempen terbesar dalam Perang Soviet–Jepun tahun 1945, yang menyambung semula permusuhan antara Kesatuan Republik Sosialis Soviet dan Empayar Jepun selepas hampir enam tahun kedamaian.
Pemerolehan wilayah Soviet di benua tersebut termasuklah Manchukuo, Mengjiang (bahagian timur laut Mongolia Dalam masa kini) dan utara Korea. Penglibatan Soviet dalam kancah perang ini serta kekalahan Tentera Kwantung merupakan faktor penting dalam keputusan kerajaan Jepun untuk menyerah kalah tanpa syarat, kerana menjadi jelas bahawa Kesatuan Soviet tidak berniat untuk bertindak sebagai pihak ketiga dalam merundingkan pengakhiran perang secara bersyarat.