Mongolia Dalam
| {{{EnglishName}}} | |||||||||
| |||||||||
| Singkatan: 内蒙古 (Pinyin: Nèi Měnggǔ) | |||||||||
| Asal-usul nama | Inner Mongolia lebih dekat dengan China sebenar berbanding Mongolia Luar | ||||||||
| Jenis pentadbiran | Kawasan autonomi | ||||||||
| Pusat pentadbiran | Hohhot | ||||||||
| Bandaraya terbesar | Baotou | ||||||||
| Setiausaha Jwk CPC | Hu Chunhua | ||||||||
| Gabenor | Bagatur (Баатар) | ||||||||
| Luas | 1,183,000 km2 (457,000 bt2) (ke-3) | ||||||||
| - Latitud | {{{Latitude}}} | ||||||||
| - Longitud | {{{Longitude}}} | ||||||||
| Penduduk (2004) - Kepadatan |
23,840,000 (ke-23) 20.2/km2 (52/sq mi) (ke-28) | ||||||||
| KDNK (2008) - per kapita |
CNY 776.2 bilion (ke-16) CNY 32,214 (ke-8) | ||||||||
| HDI (2006) | 0.779 (medium) (ke-14) | ||||||||
| Bangsa-bangsa utama | Han - 79% Mongol - 17% Manchu - 2% Hui - 0.9% Daur - 0.3% | ||||||||
| Peringkat prefektur | 12 bahagian | ||||||||
| Peringkat daerah | 101 bahagian | ||||||||
| Peringkat perbandaran† | 1425 bahagian | ||||||||
| ISO 3166-2 | CN-15 | ||||||||
| Laman web rasmi http://www.nmg.gov.cn (Cina) | |||||||||
| Sumber untuk data penduduk dan GDP: 《中国统计年鉴—2005》 Buku Tahunan Statistik China 2005 Sumber untuk data bangsa-bangsa:ISBN 7503747382 《2000年人口普查中国民族人口资料》 Perangkaan bangsa-bangsa banci populasi China 2000 *Seperti pada 31 Disember, 2004
ISBN 7105054255 | |||||||||
| Templat ■ Perbincangan ■ ProjekWiki China | |||||||||
44°03′14″N 113°52′16″E / 44.054°N 113.8711°E
Mongolia Dalam (bahasa Mongolia: , Өвөр Монгол, Öbür mongγol; Bahasa Cina: 内蒙古; pinyin: Nèi Měnggǔ) ialah sebuah kawasan autonomi Mongol yang terletak di bahagian utara Republik Rakyat China. Pusat pentadbirannya terletak di Hohhot manakalanya bandaraya terbesarnya ialah Baotou.
Mongolia Dalam bersempadan (dari timur ke barat) dengan wilayah-wilayah Heilongjiang, Jilin, Liaoning, Hebei, Shanxi, Shaanxi, Kawasan Autonomi Hui Ningxia, dan Gansu, dan juga bersempadan dengan Republik Mongolia dan Russia di utara. Mongolia Dalam ialah subbahagian ketiga terbesar di China dengan keluasan kira-kira 1,200,000 km² (463,000 batu persegi) atau 12% jumlah kawasan daratan China, dengan diduduki lebih kurang 24 juta orang pada tahun 2004. Kawasan autonominya ditubuhkan pada tahun 1947. Majoriti penduduk kawasan ini adalah berbangsa Cina Han, di samping minoriti Mongol yang besar. Bahasa rasminya ialah bahasa Mandarin Baku dan Mongolia yang ditulis dalam abjad klasik (Di negara Mongolia, bahasa Mongolia ditulis dalam abjad Cyril).