Pembinasa Kelas Arleigh Burke

USS Arleigh Burke (DDG-51)
Gambaran keseluruhan kelas
Nama:Pembinasa kelas Arleigh Burke
Pengguna: Tentera Laut Amerika Syarikat
Sebelumnya:Pembinasa kelas-Kidd
Selepasnya:Pembinasa kelas-Zumwalt
Kos:AS$1.843 bilion per kapal (DDG 114–116, FY2011/12)
Built:1988–kini
Ditauliah pada:1991–kini
Dalam pembinaan:7
Jumlah dirancang:89 setakat April 2020
Jumlah disiapkan:70
Jumlah aktif:69
Dibersarakan:0
Simpanan:0
Ciri-ciri umum
Jenis: Pembinasa
Sesaran:
  • Muatan penuh:
  • • Flight I - 8,315 t (8,184 long ton; 9,166 short ton)
  • • Flight II - 8,400 t (8,300 long ton; 9,300 short ton)
  • • Flight IIA - 9,200 t (9,100 long ton; 10,100 short ton)
  • • Flight III - 10,000 t (9,800 long ton; 11,000 short ton)
Panjang:
  • 505 ka (154 m) (Flights I dan II)
  • 509 kaki (155 m) (Flight IIA)
Lunas: 59 ka (18 m)
Draft: 30.5 ka (9.3 m)
Jana kuasa:
  • 4x turbin gas General Electric LM2500-30, setiap satunya menghasilkan 27,000 shp (20,000 kW);
  • dipasangkan pada dua aci, setiap satunya memacu satu bebaling bolak-balik, berbilah lima dengan pitch yang boleh diubah;
  • Jumlah keluaran: 108,000 shp (81,000 kW)
Halaju: Melebihi 30 kn (56 km/j; 35 mph)
Jarak: 4,400 nmi (8,100 km) pada 20 kn (37 km/j; 23 mph)
Bot & lancang
yang dibawa:
2x bot boleh apung berbadan rigid
Anak kapal: 23 pegawai, 250 lain-lain pangkat
Persenjataan:
  • • 96x sel sistem pelancaran menegak Mk 41
  • BGM-109 Tomahawk
  • peluru berpandu permukaan ke permukaan RGM-84 Harpoon (bukan untuk unit Flight IIa)
  • peluru berpandu permukaan ke udara SM-2 Standard (memiliki mod ASuW)
  • • SM-3 Standard peluru berpandu untuk pertahanan peluru berpandu balistik untuk Aegis BMD (15 kapal setakat Mac 2009 )
  • • peluru berpandu permukaan ke udara RIM-162 ESSM (DDG-79 dan selepasnya)
  • • RUM-139 Vertical Launch ASROC
  • • 1x 5 inch (127 mm/54) Mk-45 (meriam ringan) (DDG-51 sehingga -80)
  • • 1x 5 inch (127 mm/62) Mk-45 mod 4 (meriam ringan) (DDG-81 on)
  • • 2x 20 mm Phalanx CIWS (DDG-51 sehingga -84, satu pada beberapa unit selepasnya)
  • • 2x tiub torpedo berkembar tiga Mark 32 (enam torpedo Mk-46 atau Mk-50, Mk-54 pada masa depan)
Pesawat yang dibawa:
  • • Tiada, tetapi elektronik LAMPS III dipasang pada dek pendaratan untuk mengkoordinasikan operasi peperangan anti kapal selam DDG-51/helo (Flights I dan II)
  • • 2x helikopter SH-60 Seahawk LAMPS III (Flight IIA dan selepasnya)
Kemudahan penerbangan:
  • Flights I dan II: Dek penerbangan sahaja
  • Flight IIA dan selepasnya: Dek penerbangan dan hangar tertutup untuk sehingga dua buah helikopter pengangkut sederhana

Kapal pembinasa Kelas Arleigh Burke merupakan sebuah kapal pembinasa peluru berpandu, dan salah satu daripada kelas-kelas kapal pembinasa yang terdapat di dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia merupakan kapal pembinasa pertama yang dibina berdasarkan Sistem Tempur Aegis dan radar jujukan fasa pelbagai fungsi SPY-1D. Kapal pertama dari kelas ini telah ditauliahkan pada 4 Julai 1991. Selepas pelucutan tauliah kapal terakhir dari Kelas Spruance, iaitu USS Cushing, pada 21 September 2005, kapal pembinasa Kelas Arleigh Burke menjadi satu-satunya kelas kapal pembinasa yang masih aktif di dalam Tentera Laut A.S.

Kelas ini dinamakan sempena Laksamana Arleigh "31-Knot" Burke, seorang pegawai kapal pembinasa Amerika Syarikat yang paling terkenal semasa Perang Dunia II. Laksamana Burke masih hidup semasa kapal pertama dari kelas ini ditauliahkan.